Monday, August 18, 2014
PENCEMARAN HULU SUNGAI LIPIS DI TAHAP SERIUS
Monday, March 19, 2012
RAHSIA TARIKH PILIHAN RAYA – DS NAJIB BUKAN PM 1 MALAYSIA
KENYATAAN MEDIA
20 Mac 2012
RAHSIA TARIKH PILIHAN RAYA – DS NAJIB BUKAN PM 1 MALAYSIA
Parti Islam Se Malaysia (PAS) Negeri Pahang menganggap tindakan Perdana Menteri (PM), YAB Datuk Seri Najib Tun Razak merahsiakan tarikh pilihan raya membuktikan beliau hanya layak menjadi Perdana Menteri untuk Umno, BUKAN untuk seluruh rakyat Malaysia ATAU lebih tepat lagi bukan PM 1 Malaysia!
Jika benar beliau PM 1 Malaysia, yang mendakwa kononnya rakyat diutamakan, maka sudah tentu beliau berani untuk mengumumkan tarikh Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) secara telus mulai SEKARANG! Pengumuman tarikh tersebut amat penting untuk membantu dan memudahkan rakyat mengatur jadual kehidupan mereka kerana PRU13 adalah suatu peristiwa penting dan besar untuk seluruh rakyat Malaysia.
Jika tarikh PRU13 di ketahui awal, bukan sahaja parti politik yang mendapat manfaat malah jutaan rakyat Malaysia dapat menyesuaikan tarikh kenduri perkahwinan, tarikh menunaikan umrah, tarikh persidangan, tarikh seminar, tarikh latihan, tarikh urusan perniagaan, tarikh peperiksaan, tarikh melancong dan seumpamanya. Apabila jadual dapat diatur maka mudahlah bagi semua rakyat ikut terlibat secara bertanggungjawab di dalam pilihan raya untuk menentukan teraju kepimpinan negara sekali gus arah tuju masa depan negara.
Justeru, PAS Pahang menggesa jika benar DS Najib mendukung transformasi politik negara, UMUMKAN SEGERA TARIKH PRU13. Jadikan PRU13 sebagai pilihan raya pasca 54 tahun kemerdekaan, bukan pilihan raya undur 50 tahun ke belakang. Berikan hak yang adil dan saksama kepada rakyat untuk memilih pemimpin mereka. Berikan demokrasi maklumat kepada seluruh rakyat.
Sekian, terima kasih.
ROSLAN BIN ZAINAL AL-AHMADI
Setiausaha Perhubungan
Wednesday, February 29, 2012
MUNAJAT MENUJU KEMENANGAN


Sukacita dengan penuh hormat SEMUA AHLI PAS PAHANG TERUTAMANYA JAWATANKUASA CAWANGAN DAN UPU DAN KEPIMPINAN DI SEMUA PERINGKAT DIJEMPUT HADIR (MUAKKADAH) KE MUNAJAT INI DEMI MEMANTAPKAN TEKAD DAN MENDEKATKAN HATI SETULUSNYA KEPADA ALLAH SWT DALAM MELAYAKKAN JEMAAH MENDAPAT KURNIAAN PERTOLONGAN DAN KEMENANGAN DALAM PRU 13. DENGARKAN JUGA AMANAT PRESIDEN SEBAGAI PERSEDIAAN AKHIR TURUN KE MEDAN - SEBARKAN.
Friday, January 20, 2012
SELAMATKAN HUTAN SIMPAN KEMASUL, BENTONG
KENYATAAN MEDIA
20 Januari 2012
Berdasarkan lawatan kerja PAS Pahang ke kawasan tersebut pada 19 Januari 2012, didapati papan tanda pemberitahuan status Hutan Simpan Kekal oleh Jabatan Perhutanan masih gah terpacak di puncak bukit berkenaan. Kewujudan papan tanda rasmi ini mengundang tanda tanya rakyat mengenai status hutan tersebut adakah sudah dilupuskan untuk tujuan pembalakan dan pertanian berikutan terdapatnya tiga kawasan matau pembalakan di sekitarnya yang siap tertera nombor lesen dan maklumat pembalakan.
1. Benarkah kerajaan telah mengeluarkan lesen pembalakan yang sah untuk membolehkan pengeluaran balak di kawasan hutan simpan tersebut?
2. Adakah status Hutan Simpan Kekal itu telah dilupuskan?
3. Jika dilupuskan adakah mengikut prosedur atau dibolehkan oleh undang-undang?
4. Mengapa dilupuskan sedangkan kawasan tersebut amat penting sebagai khazanah perhutanan negara sekali gus sebagai kawasan tadahan untuk lembangan Sungai Teriang dan Sungai Pertang. Tidakkah akan menjejaskan ekologi dan bekalan air bersih jangka panjang untuk negara?
Kami mendapat aduan penduduk sekitar bahawa aktiviti pembalakan sudah berjalan kira-kira dua bulan lepas dan lori yang membawa kayu balak keluar mengikut jalan Kampung Chemomoi dan FELDA Kemasul - Triang termasuk pada waktu malam.
Penduduk tempatan juga mengadu mengenai keadaan air Sungai Pertang dan Sungai Triang yang begitu keruh sejak beberapa bulan berkemungkinan kesan daripada aktiviti pembalakan tersebut.
PAS Pahang menggesa pihak kerajaan menarik balik sebarang lesen pembalakan jika ada dikeluarkan kepada mana-mana pihak dan mengambil tindakan segera menghentikan sebarang aktiviti penjarahan hasil hutan di kawasan Hutan Simpan Kemasul sekali gus diikuti tindakan segera untuk PEMULIHARAANNYA demi untuk menyediakan kawasan tadahan air bersih untuk generasi akan datang.
- SELAMATKAN HUTAN KITA KHAZANAH RAKYAT.
- SELAMATKAN NEGERI PAHANG DARIPADA KERAKUSAN PENJARAH.
- SELAMATKAN MALAYSIA. BERSAMA MEMBUAT PERUBAHAN
- ANDA RAKYAT MERDEKA BERANI MELAKUKANNYA.
Sekian, terima kasih.
ROSLAN BIN ZAINAL AL-AHMADI
Setiausaha Perhubungan
Wednesday, November 23, 2011
CERAMAH HAJI MOHAMAD BIN SABU
FIQH AL-HARAKAH - PENGALAMAN PAS PERLU DIBUKUKAN
Mengurus sebuah keluarga yang besar adalah umpama berada di dalam latihan amali fakulti tarbiah dan pengurusan sumber manusia, itulah pengalaman aplikasi fiqh at-tarbiah yg merupakan ayat-ayat Allah yang manzurah.Begitu juga PENGALAMAN DAN PERJALANAN panjang perjuangan Parti Islam Semalaysia (PAS) di Malaysia, adalah suatu aplikasi fiqh ad-dakwah dan fiqh al-harakah, yang semestinya amat berbeza dengan pengalaman dilalui gerakan Islam di dunia lain. JUSTERU, amat wajar segala pengalaman tersebut dirakamkan di dalam kitab ilmu fiqh al-harakah seperti mana dilakukan ulama dan ilmuwan tersohor gerakan Islam dunia Arab dan Indo-Pakistan.
Ayuh, ulama dan ilmuwan di dalam PAS, lakukannya sebagai hadiah untuk generasi pelapis akan datang ....
Friday, November 4, 2011
MARTABAT BAHASA MELAYU - HANYA MAINAN MEDIA DAN ORANG POLITIK

MALANGNYA, riuh rendah tersebut hanya seketika. SETAHUN kemudian pelbagai projek kondominium, taman perumahan, kompleks dan bangunan pencakar langit BERLUMBA-LUMBA menggunakan nama dan jenama ala EROPAH dan AMERIKA. Ternyatalah upaya memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan jati diri tempatan Malaysia hanya melepas batuk di tangga, tiada dukungan org politik yg memegang kuasa.
Begitulah yg terjadi kpd isu jenama 'Sure Heboh' yg hanya ditukar kpd 'Jom Heboh' setelah mendapat kritikan oleh ahli parlimen bukan Melayu di dalam sidang parlimen! Begitu juga dengan imej Putrajaya, dengan 'Presint'nya. Apa! - jika guna istilah 'jalan' atau 'lorong' atau 'kawasan' maka nilai sohor (org sekarang lebih suka sebut 'glamour') atau nilai ekonomi Putrajaya akan jatuh?
BAHASA JIWA BANGSA - Namun apa akan terjadi kepada nasib Bahasa Melayu di BUMI SENDIRI ....








