Friday, October 21, 2011

SAMBUTAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN YANG SEMU

BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2011 - Saya bagi markah GAGAL untuk kempen Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 ini. Tak nampak pun diisi dengan program yang serius samada oleh agensi-agensi kerajaan, badan berkanun, badan bukan kerajaan, sekolah, institusi pengajian tinggi dan juga parti-parti politik pemerintah atau pembangkang.

Rata-rata diketemukan penggunaan bahasa rojak samada di media massa malah juga oleh para pemimpin. Bukan sahaja rakyat Malaysia bukan Melayu yang gemar berbahasa Inggeris malah rakyat yang berketurunan Melayu pun kelihatan LEBIH GEMAR berbahasa Inggeris atau 'bahasa rojak' yang memualkan. Terlihat semacam ada kecenderungan mereka yang sedemikian mempunyai sikap apologetik atau rendah diri jika tidak menunjukkan mereka mampu berbahasa Inggeris.

Benarkah 'Tak Melayu Hilang Di Dunia'? ... BAHASA JIWA BANGSA.

Wednesday, October 19, 2011

MOH BERUBAH RAKYAT PAHANG, SUPAYA LEBIH DINAMIK





PAHANG lebih LUAS dpd Selangor, lebih banyak sumber (resources) alamnya, kenapa setiap tahun bajetnya defisit? Tentulah tiris di mana-mana di dalam pengurusannya.

KAMI PAKATAN RAKYAT PAHANG bersedia mengambil alih kepimpinan kerajaan negeri Pahang, kami menawarkan bakal-bakal kepimpinan yang berkebolehan dan BERAMANAH, untuk membina kebaikan sama yang sedang dinikmati di Selangor, peningkatan hasil di Pulau Pinang, dan kesejahteraan sama seperti di Kedah dan KELANTAN.


Insya-Allah, kita BOLEH - MOH KITA BERUBAH DALAM PRU AKAN DATANG!

HUDUD - HEBAT, belum pun dilaksanakan sudah DIGERUNI

HUDUD - HEBAT, belum pun dilaksanakan sudah DIGERUNI, memang itulah intipati daripada pelaksanaan HUDUD, iaitu menCEGAH dan menDIDIK.
Justeru rakyat yg inginkan keharmonian, perlu mendukung perjuangan mendautlatkan syariah di negara ini. Pelajari dan fahami sebelum bersuara mengenainya, kerana sudut pelaksanaannya bukanlah semberono seperti difahami oleh yang jahil atau yang SOMBONG...
Layari huraiannya di http://kerabubersuara.blogspot.com/2011/09/hudud-satu-pencegahan-dan-pendidikan.html

Tuesday, October 18, 2011

SAMBUTAN 60 TAHUN PAS PERINGKAT NEGERI PAHANG

SEGERAKAN PENYELESAIAN BEKALAN AIR BERSIH KG CHEGAR PERAH

Keadaan air Sungai Tanum yang tercemar teruk

KENYATAAN MEDIA

SEGERAKAN PENYELESAIAN BEKALAN AIR BERSIH KG CHEGAR PERAH

PAS Kawasan Parlimen Lipis (PAS Lipis) menyokong penuh rayuan penduduk Kg Chegar Perah supaya pihak kerajaan segera mengatasi masalah bekalan air bersih ke kampung tersebut yang telah berlarutan lebih lima tahun. Kegelisahan penduduk kampung berkenaan adalah berasas kerana pihak PAS Lipis sendiri telah beberapa kali membuat lawatan ke kampung tersebut sebelum ini untuk menyiasat aduan penduduk berkaitan isu bekalan air daripada telaga tiub yang didakwa tidak berkualiti untuk kesihatan.

Susulan lawatan tersebut, PAS Lipis telah mengambil sampel air berkenaan dan telah membuat aduan rasmi serta menyerahkan sampel air kepada Jurutera Daerah, Jabatan Bekalan Air (JBA) Daerah Lipis pada bulan Jun 2010. Dalam pertemuan tersebut, pihak JBA telah berjanji untuk menyiasat perkara berkaitan dan akan mengambil langkah susulan.

PAS Lipis dukacita kerana sejak aduan tersebut dibuat, masalah berkaitan masih berlarutan seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian keluaran 17 Oktober 2011. PAS Lipis menggesa pihak JBA bersama semua agensi kerajaan yang berkaitan untuk mengambil tindakan SEGERA mengatasi masalah yang dibangkitkan.

Tindakan segera tersebut amat penting kerana bukan sahaja penduduk berdepan masalah bekalan air paip yang tidak berkualiti malah dihimpit masalah pencemaran sungai yang serius yang dipercayai berpunca daripada aktiviti perlombongan bijih besi di kawasan berdekatan. Tinjauan PAS Lipis mendapati air Sungai Tanum yang mengalir berhampiran kampung berkenaan tidak lagi sesuai digunakan kerana terjejas dengan teruk sama ada pada waktu biasa apatah lagi selepas hujan.

Sekian.


ROSLAN BIN ZAINAL AL-AHMADI
Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Pahang
Merangkap Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan Parlimen Lipis



Monday, October 17, 2011

BAIKI SEGERA JALAN KG CHEGAR PERAH















Kg Chegar Perah, Kuala Lipis - PAS Kawasan Lipis menggesa agensi kerajaan berkaitan segera membaiki kerosakan jalan raya yang menghubungkan kampung ini dengan Kg Aur Gading yang berdekatan. Jalan raya berkenaan telah rosak teruk sejak awal tahun ini dan dibiarkan tanpa dibaiki.

Keadaan tersbeut amat menyuklitkan penduduk kampung kerana lalan berkenaan amat penting untuk kegunaan kegiatan sosioekonomi penduduk termasuk untuk tujuan murid ke sekolah menengah di Padang Tengku atau Kuala Lipis.


Selain itu, kewajaran pembaikan jalan tersebut amat penting kerana projek jalan raya baru yang menghubungkan kampung tersebut dengan Kg Aur Gading dijangkakan hanya akan bermula pertengahan tahun 2012.